Thursday, December 17, 2009

Pembinaan Penilaian

Terdapat lima peringkat prosedur penilaian iaitu:
1. Persediaan ujian
2. Pentadbiran ujian
3. Pemeriksaan dan pengukuran
4. Analisis
5. Interpretasi.

Ujian yang bermutu mengandungi ciri berikut:
1, Kesahan. Ciri ini bermaksud kepada darjah sejauh mana ujian ini dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur. Jadual Penentu Ujian disediakan untuk membentangkan topik-topik berserta bilangan soalan.
2. Kebolehpercayaan. Maksudnya pencapaian calon adalah tekal apabila mengambil beberapa kali dalam beberapa hari atau seminggu.
3. Keobjektifan iaitu merujuk kepada ketepatan seseorang memeriksa jawapan calon.
4. Kebolehtadbiran iaitu sejauh mana kelancaran ujian dilaksanakan.
5. Kebolehtafsiran iaitu merujuk setakat mana hasil pencapaian calon dapat ditafsirkan mengikut objektif penilaiannya.

Thursday, December 10, 2009

Pembahagian harta pusaka dalam Islam

Harta pusaka adalah peninggalan simati. Pembahagiannya dalam bab ilmu faraid diselesaikan mengikut kaedah tertentu kepada waris tertentu setelah diselesaikan perkara-perkara tertentu. Ketentuan ini telah jelas ada dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Ketentuan ini menjamin hubungan keutuhan dalam institusi keluarga dan masyarakat supaya terpelihara dengan penuh keadilan. Ianya juga memastikan mendapat kehalalan sesuatu harta walaupun sedikit.

Dalam ruangan ini dipanjatkan kesyukuran kepada Allah Rab semesta alam, atas selesai sudah ahli-ahli waris melaksanakan hukum faraid ini. Moga-moga mendapat berkat dan rahmat dari Allah.

Al-Fatihah buat Allahyarham ayahanda dan Allahyarhamah bonda yang pergi ke alam baqa. Semoga roh mereka mendapat keampunan dan rahmat serta di tempatkan kalangan para solihin.

Monday, November 16, 2009

Peta Konsep

Peta konsep adalah alat yang penting untuk menyemak kefahaman pelajar tentang konsep yang dipelajari. Sejauh mana baik atau tidaknya tanggapan tentang sesuatu konsep dapat diketahui melalui peta konsep yang dilukis oleh pelajar.

Secara umumnya konsep adalah abstrak dari pengetahuan dan pengalaman. Salah konsep dapat dikesan melalui pembinaan peta konsep. Salah konsep yang ada perlu diatasi agar pelajar dapat meningkatkan pencapaian dalam sesuatu ujian atau peperiksaan.

Sunday, August 23, 2009

Persepsi berhubung pembelajaran

Apakah persepsi anda tentang pembelajaran?

A. Pembelajaran sebagai menghafal
B. Pembelajaran sebagai proses peningkatan ilmu
C. Pembelajaran sebagai mendapatkan kebenaran
D. Pembelajaran sebagai memperolehi maksud
E. Pembelajaran sebagai proses memahami realiti

Friday, August 7, 2009

Keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam berasaskan usrah

Kaedah usrah ialah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terancang melibatkan pelajar-pelajar secara aktif. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah tersebut, menggunakan kajian berbentuk kuasi eksperimen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah ini lebih berjaya meningkatkan pencapaian Pendidikan Islam berbanding kaedah tradisi (kuliah)

Akhlak menurut Imam Ghazali

Menurut Imam Ghazali akhlak merupakan satu perbuatan yang dilakukan berulang-ulangkali dan lama-kelamaan menjadi suatu kelaziman dalam diri seseorang. Perbuatan tersebut lahir dari jiwanya sendiri. Unsur-unsur akhlak ialah: kekuatan akal, jiwa, nafs dan keadilan. Pembentukan akhlak melalui beberapa kaedah antaranya:
1. Kaedah latihan dengan melatih jiwa dengan akhlak yang baik.
2. Kaedah pemerhatian dan pergaulan: menekankan mencontohi mereka yang memiliki akhlak yang baik dan bergaul dengan mereka.
3. Kaedah bermuhasabah diri.

Monday, August 3, 2009

Strategi pembelajaran dan pencapaian dalam kimia

Tujuan kajian ini untuk meninjau strategi pembelajaran dan pencapaian kimia di kalangan pelajar di sebuah sekolah menengah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar kurang menggunakan strategi kognitif dan metakognitif. Kumpulan pelajar berpencapaian yang cemerlang menggunakan lebih pelbagai strategi pembelajaran berbanding kumpulan pelajar berpencapaian sederhana dan lemah.

Thursday, July 16, 2009

Kaedah Penyelidikan Pendidikan

Bagi mereka yang mahu belajar di tahap master atau PhD, ilmu dan kemahiran penyelidikan yang mantap wajar dimiliki. Ianya perolehi dari pembacaan atau apa-apa jua aktiviti ilmu.

Terdapat dua kaedah penyelidikan pendidikan iaitu: kuantitatif dan kualitatif.

Penyelidikan kuantitatif:
1. Mendapatkan gambaran umum fenomena.
2. Menjawab soalan kajian berbentuk apa bukan mengapa.
3. Dapatan yang diperolehi berbentuk kuantitatif yang memerlukan ilmu statistik
4. Melibatkan pengukuran dan pengujian sepenuhnya.

Penyelidikan kualitatif:
1. Memberi makna kepada sesuatu peristiwa atau memberi gambaran tentang sesuatu proses.
2. Menjawab soalan kajian berbentuk mengapa dan bagaimana.
3. Data tidak diterjemah dalam bentuk nombor tetapi dalam bentuk perkataan-perkataan melalui cerapan, tafsiran, temubual, laporan dan sebagainya.
4. Menggunakan sedikit sampel kajian.

Sunday, July 12, 2009

Proses Penyelidikan Dalam Pendidikan

Penyelidikan dalam pendidikan adalah proses yang sistematik, logikal dan saintifik untuk menyelesaikan permasalahan kajian.
Proses penyelidikan adalah seperti berikut:
1. Takrif penyelidikan
2. Terbitkan hipotesis
3. Definisikan tajuk kajian
4. Reka instrumen kajian
5. Pungutan data
6. Analisis data
7. Nyatakan keputusan
8. Laporan keputusan

Wednesday, July 8, 2009

Pengajaran Penyelesaian Masalah Dalam Sejarah

Mata pelajaran sejarah memerlukan daya ingatan yang baik. Ini kerana pelajar-pelajar perlu mengingati tarikh, tokoh-tokoh dan pelbagai peristiwa-peristiwa sejarah. Antara teknik disarankan untuk memudahkan pembelajaran sejarah ialah menggunakan grafik seperti peta minda, peta konsep dan mnimonik. Teknik seumpama ini boleh membantu pelajar pencapaian akademik rendah merancang, mengawal dan menilai penyusunan fakta secara persendirian.

Didapati kebanyakan soalan-soalan sejarah menguji kemahiran penyelesaian masalah. Oleh itu pelajar perlu memiliki kemahiran penyelesaian masalah seperti pengesanan, perancangan, pengawalan dan penilaian. Strategi ini memerlukan kepada strategi metakognisi yang menjadi asas dalam proses-proses kognitif. Pelajar-pelajar yang bijak menyelesaikan masalah adalah mereka yang berupaya merefleksi dengan berkesan. Di samping itu mereka bijak menganalisis maklumat-maklumat penting dalam penyelesaian masalah. Seterusnya mereka berupaya mencari penyelesaian-penyelesaian yang sesuai untuk menyemak langkah penyelesaian dan hasil jawapan yang diperolehi.

Monday, June 29, 2009

Masalah Kanak-Kanak Sindrom Down

Masalah-masalah yang paling ketara yang dialami oleh kanak-kanak sindrom down atau kurang upaya intelek ialah:
1. Kekurangan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu perkembangan dan kematangan kemahiran motor kasar dan motor halus.
2. Tahap penguasaan kemahiran motor halus yang lemah tidak dapat menyediakan kanak-kanak kurang upaya intelek kepada kesediaan pembelajaran yang baik.
3. Tahap tumpuan dan perhatian pembelajaran kanak-kanak kurang upaya intelek yang rendah kerana kurangnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan yang dapat meransang serta menimbulkan keseronokan mereka.
Oleh itu, aktiviti dan gerakerja boleh dimanipulasikan untuk meningkatkan kemahiran koordinasi motor kasar dan motor halus kanak-kanak kurang upaya intelek. Antaranya:
1. Kanak-kanak ini memerlukan latihan yang berulangkali untuk memahami apa yang mereka lakukan. Di samping itu, ianya dapat memantapkan kefahaman terhadap konsep-konsep yang pembelajaran yang abstrak.
2. Media yang menarik dan konkrit serta dimodifikasikan fungsinya wajar digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Kanak-kanak ini memerlukan intervensi yang lebih intensif bagi membantu perkembangan motor halus.
4. Pengajaran wajar menitikberatkan kemahiran-kemahiran harian termasuk kemahiran menulis.
5. Kanak-kanak ini perlu dibimbing untuk bersosialisasi sesama rakan sebaya dan juga masyarakat setempat. Masyarakat perlu menerima mereka dalam kelompok yang sama tanpa diskriminasi. Perkembangan sosialisasi boleh diterapkan semasa melakukan aktiviti-aktiviti di sekolah bahagian pendidikan khas.

Bapa Borek Anak Rintik

Bagi ibu-ibu yang mengandung dinasihatkan supaya mengambil tablet vitamin asid folik yang teratur untuk manfaat kandungannya. Asid folik membantu kesihatan tumbesaran kandungan. Di samping itu ianya dapat mengelakkan daripada kecacatan otak kandungan. Walau bagaimanapun, kajian telah dijalankan di Universiti California bapa-bapa yang kekurangan asid folik dalam diet mereka mungkin menyebabkan kecacatan pada kromosom dalam sperma. Kecacatan kromosom menghasilkan bayi sindrom down.

- Sumber majalah Health Today May 2008-

Friday, June 26, 2009

Pembelajaran koperatif dalam Pendidikan Sains

Konsep pembelajaran koperatif adalah berasaskan kepada kerjasama antara ahli kumpulan tanpa mengabaikan tanggungjawab individu. Pendekatan ini melibatkan kumpulan kecil pelajar. Ianya memberi peluang guru-guru sains menarik minat pelajar terhadap sains dan meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran sains. Antara cara pembelajaran koperatif ialah: 1. STAD
2. JIGSAW 2
3. TGT
4. Giliran Berbicara

Teori pembelajaran koperatif merangkumi 3 teori utama:
1. Teori persandaran sosial
2. Teori perkembangan kognitif
3. Teori pembelajaran behaviorisme dalam pembelajaran

Tuesday, June 9, 2009

Kaedah Pengajaran Tilawah

Pengajaran tilawah al-Quran boleh menggunakan kaedah-kaedah berikut:

Kaedah Iqra'
Kaedah Qiraati
Kaedah Hatawiyah

Pendekatan yang terbaik ialah menggunakan pendekatan TALAQQI dan MUSYAFAHAH iaitu pelajar membaca berhadapan dengan guru seorang demi seorang.

Langkah-langkah pengajaran tilawah :

Permulaan: Mewujudkan suasana selesa dan khusyuk

Perkembangan:

Tilawah contoh guru
Tilawah senyap
Tilawah dari pelajar 1
Membetulkah tilawah dan tajwid oleh guru
Tilawah dari pelajar seterusnya
Perbincangan
Penilaian objektif pengajaran

Penutup
Guru membuat rumusan setelah menilai pencapaian objektif pengajaran hari ini

Tugasan lanjutan

Penilaian Kendiri