Thursday, March 25, 2010
Meneliti permasalahan kajian.
Sebuah kajian bermula dari permasalahan yang wujud. Permasalahan suatu yang subjektif. Ianya terjadi di mana-mana. Adakalanya penting untuk diamati dan adakalanya sebaliknya. Permasalahan utama adakah sesuatu kajian yang akan dihasilkan itu jarang-jarang dikaji atau sudah biasa dikaji? Apakah kajian yang akan dihasilkan itu boleh menyelesaikan permasalahan kajian yang telah sedia ada?
Posted by
Dr Hj Mokhtar Hj Abdullah (PhD(psikologi pendidikan),MISM, Dip. Ed, B.Pharm(Hons) )
at
9:15 AM
1 comment:
Wednesday, March 3, 2010
Pendidikan Iman di kalangan anak-anak
Anak-anak adalah amanah dari Allah. Bersyukurlah kepada Allah dengan pemberian anak-anak di atas dunia ini hasil dari pernikahan yang sah. Antaranya dengan mendidik anak-anak dengan Iman dan Islam. Menurut Dr Abdullah Nashih Ulwan yang dimaksudkan dengan pendidikan iman ialah menyemai dan menyuburkan anak-anak dengan dasar-dasar Iman, rukun Islam dan dasar-dasar syariah sejak anak mulai mengerti dan dapat memahami sesuatu. Seterusnya beliau telah menggariskan beberapa perkara mengenai pendidikan Iman antaranya ialah:
1. Membuka kehidupan anak dengan kalimat tayibah iaitu kailmah tauhid.
2. Mengenalkan hukum-hukum halal dan haram.
3. Menyuruh anak untuk beribadah pada usia tujuh tahun
4. Mendidik anak untuk mencintai Rasul, Ahli Baitnya dan membaca Al-Qur'an.
Ath-Thabarani meriwayatkan dari Ali ra bahawa Rasulullah saw bersabda:
Didiklah anak-anak kamu pada tiga perkara: mencintai Nabi kamu, mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Qur'an. Sebab, orang yang memelihara Al-Qur'an itu berada dalam lindungan Allah pada hari tiada perlindungan selain daripada perlindunganNya berserta para NabiNya dan orang-orang yang suci.
Bukhari meriwayatkan bahawa dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:
Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua orang tuanyalah yang menjadikan anak tersebut Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.
1. Membuka kehidupan anak dengan kalimat tayibah iaitu kailmah tauhid.
2. Mengenalkan hukum-hukum halal dan haram.
3. Menyuruh anak untuk beribadah pada usia tujuh tahun
4. Mendidik anak untuk mencintai Rasul, Ahli Baitnya dan membaca Al-Qur'an.
Ath-Thabarani meriwayatkan dari Ali ra bahawa Rasulullah saw bersabda:
Didiklah anak-anak kamu pada tiga perkara: mencintai Nabi kamu, mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Qur'an. Sebab, orang yang memelihara Al-Qur'an itu berada dalam lindungan Allah pada hari tiada perlindungan selain daripada perlindunganNya berserta para NabiNya dan orang-orang yang suci.
Bukhari meriwayatkan bahawa dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:
Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua orang tuanyalah yang menjadikan anak tersebut Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.
Posted by
Dr Hj Mokhtar Hj Abdullah (PhD(psikologi pendidikan),MISM, Dip. Ed, B.Pharm(Hons) )
at
7:27 AM
No comments:
Subscribe to:
Comments (Atom)