Tuesday, February 16, 2010

Memupuk Kemahiran Saintifik

Tulisan ini hanya memaparkan sorotan ilmiah.

Tumpuan utama pendidikan sains ialah untuk memupuk dan menguasai kemahiran saintifik. Antara yang terkandung dalam kemahiran ini ialah kemahiran proses sains. Berikut ialah kemahiran proses sains asas:
1. Memerhati
2. Mengkelaskan
3. Mengukur dan menggunakan nombor
4. Mengadakan inferens
5. Membuat ramalan
6. Mengadakan komunikasi
Kemahiran proses sains bersepadu pula ialah:
1. Menganalisis ilmu dan maklumat
2. Memberi pengertian
3. Mengawal pembolehubah
4. Mengadakan hipotesis berasas sorotan ilmiah
5. Menjalankan ujikaji

Thursday, February 11, 2010

Penerbangan Haji No 3

Alhamdulillah beberapa tahun yang lalu diri ini dapat menunaikan haji dan umrah. Syukur dapat penerbangan awal no 3. Doa-doa tidak putus-putus dipanjatkan sebelum dan semasa perjalanan umrah dan haji agar dipermudahkan. Syukur Allah memakbulkan. Terima Kasih kepada rakan-rakan yang telah mendoakan sama. Menerusi penerbangan awal, sekurang-kurangnya, kurang pula mengalami kesesakan. Alhamdulillah...

Monday, February 8, 2010

Berikhtiarlah

Ada penyakit ada penawarnya antaranya dengan berubat. Berubat adalah merupakan ikhtiar untuk merawat penyakit. Setelah beriktiar berdoalah moga penyakit dapat sembuh sediakala.

Penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, gout dan sebagainya wajar dikawal dan dimonitor dengan baik. Ubat-ubat yang dibekalkan wajar dipatuhi cara pengambilannya. Bersabarlah dalam menghadapi ujian dan dugaan Allah. Bermohonlah pada Allah agar dihapuskan dosa-dosa yang silam.