Wednesday, July 8, 2009

Pengajaran Penyelesaian Masalah Dalam Sejarah

Mata pelajaran sejarah memerlukan daya ingatan yang baik. Ini kerana pelajar-pelajar perlu mengingati tarikh, tokoh-tokoh dan pelbagai peristiwa-peristiwa sejarah. Antara teknik disarankan untuk memudahkan pembelajaran sejarah ialah menggunakan grafik seperti peta minda, peta konsep dan mnimonik. Teknik seumpama ini boleh membantu pelajar pencapaian akademik rendah merancang, mengawal dan menilai penyusunan fakta secara persendirian.

Didapati kebanyakan soalan-soalan sejarah menguji kemahiran penyelesaian masalah. Oleh itu pelajar perlu memiliki kemahiran penyelesaian masalah seperti pengesanan, perancangan, pengawalan dan penilaian. Strategi ini memerlukan kepada strategi metakognisi yang menjadi asas dalam proses-proses kognitif. Pelajar-pelajar yang bijak menyelesaikan masalah adalah mereka yang berupaya merefleksi dengan berkesan. Di samping itu mereka bijak menganalisis maklumat-maklumat penting dalam penyelesaian masalah. Seterusnya mereka berupaya mencari penyelesaian-penyelesaian yang sesuai untuk menyemak langkah penyelesaian dan hasil jawapan yang diperolehi.

No comments:

Post a Comment