Sunday, January 31, 2010

Penganalisaan data temubual.

Bukan senang untuk menghasilkan tesis kajian. Apatah lagi dalam bab penganalisaan data kajian.

Walau apapun, selalunya data temubual yang diperolehi dari sesuatu kajian adalah data yang berbentuk kualitatif. Proses penganalisaan data dijalankan melalui tahap demi tahap seperti berikut:

1. Transkripsi
Berdasarkan rakaman transkripsi temubual akan diperolehi.

2. Reduksi.
Transkripsi data kemudian dianalisis, diringkas dan dikategorikan.

3. Koding
Kod-kod diberikan berasaskan kepada pengkelasan data kepada beberapa tema dan isu utama. Data-data tersebut dipaparkan dalam bentuk jadual.

Thursday, January 28, 2010

Meyakini kekuasaan Allah

Jiwa yang gelisah perlu dirawat. Antaranya dengan meyakini kekuasaan Allah. Keyakinan kepada kekuasaan Allah adalah iman kepada Allah. Allah maha berkuasa menurunkan nikmat dan rahmat. Oleh itu bersyukurlah atas segala nikmat dan rahmat yang datang dari Allah. Allah maha berkuasa menurunkan musibah. Bersabarlah atas segala musibah yang datang menimpa.

Tuesday, January 26, 2010

Pengurusan Konflik

Ketika belajar sambil bekerja di tahap master dulu ada satu paper Psikologi Industri dan Organisasi yang kena ambil. Dalam paper ini ada belajar tentang konflik dan kumpulan.

Sebenarnya konflik itu terus wujud dalam dunia ini. Ia berlaku dalam diri seseorang, antara individu, antara individu dengan kumpulan dan antara kumpulan dengan kumpulan. Apa yang penting konflik ini diuruskan dengan baik dan cekap. Islam ada jawapan dan pendekatan yang praktikal untuk menangani masalah konflik ini.

Friday, January 22, 2010

Temuduga untuk memilih personel.

Temuduga merupakan antara teknik pemilihan personel yang kini begitu popular digunakan oleh majikan. Ianya merupakan proses dua hala dikenali sebagai peramal subjektif. Kelemahan teknik ini ialah penilaian penemuduga lebih kerap dipengaruhi oleh impresif calon daripada pengalaman kerja dan kelulusan akademik.

Tiga teknik temuduga ialah
1. Temuduga tidak bersruktur yang merupakan temuduga yang kurang persiapan. Soalan temuduga dan formatnya terpulang kepada penemuduga.
2. Temuduga berstruktur iaitu temuduga berprosedur formal dan piawai.
3.Temuduga bersituasi iaitu temuduga untuk menilai tingkahlaku yang dikehendaki bukan peribadi calon dan pengalaman kerja . Tingkahlaku ini diperoleh daripada analisis pekerjaan.

Wednesday, January 20, 2010

Pengujian dalam proses pengajaran

Tiada apa yang dirunsingkan dalam pengujian, pengukuran dan penilaian.
Dalam proses pengajaran terdapat tiga jenis keputusan diketahui berdasarkan kepada ujian:
1. Awal pengajaran
2. Semasa pengajaran
3. Akhir pengajaran

Sebelum memulakan pengajaran terdapat dua ujian
1. Ujian kesediaan untuk menjawab persoalan sejauhmana kebolehan dan kemampuan pelajar menerima pengajaran
2. Ujian penempatan untuk menjawab persoalan sejauhmana pelajar telah mencapai hasil pembelajaran seperti yang dikehendaki oleh pengajaran yang dirancang.

Ujian formatif digunakan semasa pengajaran untuk melihat kemajuan pelajar. Jika pelajar belum menguasai pengajaran dengan baik ujian diagnostik digunakan untuk mengkaji masalah.

Pada akhir pengajaran ujian sumatif digunakan untuk menggredkan pelajar dan menilai keberkesanan pengajaran yang telah dilaksanakan.