Thursday, July 16, 2009

Kaedah Penyelidikan Pendidikan

Bagi mereka yang mahu belajar di tahap master atau PhD, ilmu dan kemahiran penyelidikan yang mantap wajar dimiliki. Ianya perolehi dari pembacaan atau apa-apa jua aktiviti ilmu.

Terdapat dua kaedah penyelidikan pendidikan iaitu: kuantitatif dan kualitatif.

Penyelidikan kuantitatif:
1. Mendapatkan gambaran umum fenomena.
2. Menjawab soalan kajian berbentuk apa bukan mengapa.
3. Dapatan yang diperolehi berbentuk kuantitatif yang memerlukan ilmu statistik
4. Melibatkan pengukuran dan pengujian sepenuhnya.

Penyelidikan kualitatif:
1. Memberi makna kepada sesuatu peristiwa atau memberi gambaran tentang sesuatu proses.
2. Menjawab soalan kajian berbentuk mengapa dan bagaimana.
3. Data tidak diterjemah dalam bentuk nombor tetapi dalam bentuk perkataan-perkataan melalui cerapan, tafsiran, temubual, laporan dan sebagainya.
4. Menggunakan sedikit sampel kajian.

Sunday, July 12, 2009

Proses Penyelidikan Dalam Pendidikan

Penyelidikan dalam pendidikan adalah proses yang sistematik, logikal dan saintifik untuk menyelesaikan permasalahan kajian.
Proses penyelidikan adalah seperti berikut:
1. Takrif penyelidikan
2. Terbitkan hipotesis
3. Definisikan tajuk kajian
4. Reka instrumen kajian
5. Pungutan data
6. Analisis data
7. Nyatakan keputusan
8. Laporan keputusan

Wednesday, July 8, 2009

Pengajaran Penyelesaian Masalah Dalam Sejarah

Mata pelajaran sejarah memerlukan daya ingatan yang baik. Ini kerana pelajar-pelajar perlu mengingati tarikh, tokoh-tokoh dan pelbagai peristiwa-peristiwa sejarah. Antara teknik disarankan untuk memudahkan pembelajaran sejarah ialah menggunakan grafik seperti peta minda, peta konsep dan mnimonik. Teknik seumpama ini boleh membantu pelajar pencapaian akademik rendah merancang, mengawal dan menilai penyusunan fakta secara persendirian.

Didapati kebanyakan soalan-soalan sejarah menguji kemahiran penyelesaian masalah. Oleh itu pelajar perlu memiliki kemahiran penyelesaian masalah seperti pengesanan, perancangan, pengawalan dan penilaian. Strategi ini memerlukan kepada strategi metakognisi yang menjadi asas dalam proses-proses kognitif. Pelajar-pelajar yang bijak menyelesaikan masalah adalah mereka yang berupaya merefleksi dengan berkesan. Di samping itu mereka bijak menganalisis maklumat-maklumat penting dalam penyelesaian masalah. Seterusnya mereka berupaya mencari penyelesaian-penyelesaian yang sesuai untuk menyemak langkah penyelesaian dan hasil jawapan yang diperolehi.