Saturday, April 3, 2010

Stail pembelajaran

Pembelajaran dan peperiksaan adalah aktiviti utama pelajar di semua tahap dan peringkat. Antara faktor penting yang menentukan pencapaian pelajar dalam peperiksaan ialah stail pembelajaran. Kajian Abd Razak Habib dan Rashidi Azizan(1997) mendapati stail pembelajaran motivasi dan mendalam berkolerasi positif dengan pencapaian Sains dan Matematik. Sementara stail pembelajaran permukaaan berkolerasi negatif dengan pencapaian Sains dan Matematik.

Stail Motivasi
1. Membuat kerja sebaik mungkin
2. Risau apabila ketinggalan pembelajaran
3. Seronok bersaing dengan pelajar lain

Stail Mendalam
1. Memberi tumpuan kepada fakta penting dan memahami serta berfikir dengan mendalam.
2. Bertanya diri sendiri apa yang didengar dan dibaca
3. Mengambil kira perkaitan pelbagai aspek
4. Merangka jawapan sebelum menjawab
5. Berbincang dengan kawan apabila mengulangkaji
6. Nota mengandungi isi penting

Stail Permukaan
1. Perlu arahan guru mengambil nota, mengulangkaji dan kerja bacaan
2. Menghafal maklumat apabila mengulangkaji tanpa memahami dan berfikir
3. Membaca dengan pantas

No comments:

Post a Comment