Antara teknik pembelajaran berkesan ke atas pemahaman membaca buku teks ialah teknik enam langkah. Secara am langkah-langkah dalam teknik ini ialah:
1. Menjalankan tinjauan ke atas tajuk petikan, tajuk-tajuk kecil dan penutup petikan.
2. Membuat soalan-soalan berhubung dengan petikan.
3. Membaca petikan secara mendalam dan teliti dan mendapatkan jawapan ke atas soalan-soalan yang dibuat dalam langkah 2.
4. Membuat renungan dengan memahami dengan contoh dan pengetahuan yang sedia ada.
5. Menyebut kembali maklumat-maklumat yang telah dibaca.
6. Meninjau semula isi-isi penting yang telah dipelajari secara keseluruhan.
Langkah-langkah dalam teknik ini boleh diubahsuai mengikut bahan bacaan yang dikaji. Tidak semestinya menggunakan enam langkah tetapi ada langkah-langkah yang boleh dipilih dan ada yang boleh ditinggalkan.
Wednesday, April 7, 2010
Pemahaman membaca buku teks
Posted by
Dr Hj Mokhtar Hj Abdullah (PhD(psikologi pendidikan),MISM, Dip. Ed, B.Pharm(Hons) )
at
8:36 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment