Anak-anak adalah amanah dari Allah. Bersyukurlah kepada Allah dengan pemberian anak-anak di atas dunia ini hasil dari pernikahan yang sah. Antaranya dengan mendidik anak-anak dengan Iman dan Islam. Menurut Dr Abdullah Nashih Ulwan yang dimaksudkan dengan pendidikan iman ialah menyemai dan menyuburkan anak-anak dengan dasar-dasar Iman, rukun Islam dan dasar-dasar syariah sejak anak mulai mengerti dan dapat memahami sesuatu. Seterusnya beliau telah menggariskan beberapa perkara mengenai pendidikan Iman antaranya ialah:
1. Membuka kehidupan anak dengan kalimat tayibah iaitu kailmah tauhid.
2. Mengenalkan hukum-hukum halal dan haram.
3. Menyuruh anak untuk beribadah pada usia tujuh tahun
4. Mendidik anak untuk mencintai Rasul, Ahli Baitnya dan membaca Al-Qur'an.
Ath-Thabarani meriwayatkan dari Ali ra bahawa Rasulullah saw bersabda:
Didiklah anak-anak kamu pada tiga perkara: mencintai Nabi kamu, mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Qur'an. Sebab, orang yang memelihara Al-Qur'an itu berada dalam lindungan Allah pada hari tiada perlindungan selain daripada perlindunganNya berserta para NabiNya dan orang-orang yang suci.
Bukhari meriwayatkan bahawa dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:
Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua orang tuanyalah yang menjadikan anak tersebut Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.
Wednesday, March 3, 2010
Pendidikan Iman di kalangan anak-anak
Posted by
Dr Hj Mokhtar Hj Abdullah (PhD(psikologi pendidikan),MISM, Dip. Ed, B.Pharm(Hons) )
at
7:27 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment